Wednesday, October 6, 2010

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN


SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

            Sebagaimana mana yang kita tahu bahawa al-Qur’an ini diturunkan secara berperingkat-peringkat. Penurunannya dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia dan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23 tahun.
            Dalam perbincangan ini, kami akan menyentuh tentang sejarah penurunan al-Qur’an secara sekali gus dan beransur-ansur. Pada tahap yang pertama, daripada Allah ke Luh Mahfuz. Keadaan dan tahap ini berlaku sekali gus dengan tujuan untuk membuktikan kekuasaan Allah.




Terjemahan : (Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya;(lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

(Surah al-Buruj ayat 21 dan 22)
            Pada tahap kedua, turun al-Qur’an dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Hal tersebut berdasarkan firman Allah :

Terjemahan : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
(Surah al-Qadr ayat 1)

Firman Allah :
 

Terjemahan : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang diberkati…
(Surah al-dukhan ayat 3)


Firman Allah :

Terjemahan : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…
(Surah al-Baqarah ayat 185)


Ketiga-tiga ayat tersebut menyatakan tentang penurunan al-Qur’an pada Malam al-Qadar, Malam Diberkati dan pada Bulan Ramdhan, namun hakikatnya al-Qur’an diturunkan kepada Nabi lebih kurang selama 23 tahun. Untuk itu ulama berselisih pendapat, iaitu :
            Pendapat pertama : Pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas dan majoriti ulama. Di mana penurunan tahap ini juga berlaku sekaligus ke Baitul ‘Izzah, iaitu pada malam yang diberkati dan malam kemuliaan, iaitu Malam al-Qadar di dalm Bulan Ramadhan. Kemudiaannya al-Qur’an diturunkan kepada nabi secara berperingkat-peringakt. Hal tersebut berdasarkan hujah berikut :
       I.           
                     1.  Ibn Abbas mengatakan diturunkan sekali gus ke Langit Dunia pada Malam al-Qadar, selepas itu diturunkan secara beransur-ansur. Sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi, al-Hakim dan al-Nasai’, katanya sambil membaca firman Allah :

Terjemahan : Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
(Surah al-Isra’ ayat 106)

 
Pendapat Kedua : Pendapat ini dikemukakan oleh ulama Hadis dan Fekah kalangan Tabi’in juga merupakan salah seorang guru Abu Hanifah, iaitu ‘Amir Ibn Syarahil yang terkenal dengan panggilan al-Sya’bi berpendapat : Apa yang dimaksudkan dengan penurunan di dalam ketiga-tiga ayat tersebut di atas ialah permulaan turunnya wahyu kepada Nabi pada malam al-Qadar di bulan Ramadhan.

Pendapat Ketiga : Pendapat ini ialah pendapat ijtihad ulama tafsir. Berdasarkan ketiga-tiga firman Allah di atas, mereka berpendapat penurunan al-Qur’an ke Langit Dunia selama 23 Malam al-Qadar. Lantaran itu setiap Malam al-Qadar itu Allah menentukan al-Qur’an yang akan diturunkan kepada Nabi pada tahun tersebut.
            Sebagai rumusannya, pendapat yang lebih kukuh ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas, di mana al-Qur’an itu diturunkan secara sekali gus pada Malam al-Qadar ke Baitul ‘Izzah di Langit Dunia, kemudiannya barulah ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama lebih kurang 23 tahun.
Selepas al-Qur’an diturunkan sekali gus daripada Allah ke Luh Mahfuz, kemudian diturunkan tahap kedua sekali gus juga daripada Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di Langit Dunia, selepas itu barulah al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad daripada Baitul ‘Izzah, dalilnya ialah :
a.       a.Sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan kami menurunkannya beransur-ansur.
(Surah al-Isra’ ayat 106)
a.      
           b.Firman Allah :
Terjemahan : Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
(Surah al-Sy’ara’ ayat 192-194)
a.      
            c.Firman Allah :
Terjemahan : Dan orang-orang Yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
(Surah al-Furqan ayat 32)
          

  Penurunan yang berlaku pada tahap ini adalah secara beransur-ansur, bermula pada 17hb. Ramadhan tahun 610 masihi di Gua Hira’ hinggalah kewafatan Nabi. Tentang lama tempoh masa al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur itu ulama berselisih pendapat, iaitu :
        i.            1.Setengah ulama menagatakan penurunan al-Qur’an secara beransur-ansur kepada Rasulullah dengan mangambil masa selama 20 tahun.
      ii.            2.Menurut al-Khudari di dalam kitabnya Tarikh al-Tasyri’, penurunan al-Qur’an secara beransur-ansur mengambil masa tepat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Iaitu bermula 17hb. Ramadhan tahun ke-41 Nabi dilahirkan hingga wahyu terakhir 9 zulhijjah tahun Hijrah.
    iii.            3.Pendapat lain mengatakan ia mengambil masa selama 23 tahun.
    iv.            Ada pendapat mengatakan ia mengambil masa 25 tahun.
4.Berdasarkan daripada empat pendapat tersebut, pendapat kedua adalah pendapat yang paling tepat dan diterima umum.




Ayat Pertama Di Turunkan
Ulama berselisih pendapat tentang ayat pertama atau ayat mula-mula diturunkan kepada Rasulullah. Manna’ al-Qattan di dalam kitabnya Fi Ulum al-Qur’an, telah menyatakan terdapat empat pendapat ulama tentang ayat pertama diturunkan. Pendapat ulama adalah sebagaimana berikut :
a)      Pendapat pertama : ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 Surah al-‘Alaq. Ayat tersebut ialah sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-‘Alaq ayat 1-5)
a)      Pendapat Kedua : pendapat kedua pula mengatakan yang pertama diturunkan ialah permulaan Surah al-Muddathtir. Iaitu يأ يها المدثر wahai orang yang berselimut.
b)      Pendapat Ketiga : pendapat ketiga mengatakan yang pertama diturunkan ialah Surah al-Fatihah.
c)      Pendapat Keempat : pendapat ini mengatakan ayat yang pertama diturunkan ialah             بسم الله الرحمن الرحيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Ayat Terakhir Di turunkan
Tentang ayat terakhir yang diturunkan ada berbagai pendapat ulama tentangnya. Menurut pendapat imam al-Suyuti ada enam pendapat ulama tentang ayat terakhir diturunkan, pendapat ulama tersebut sebagaimana berikut :


 
a)      a.Pendapat Pertama : Ayat yang akhir diturunkan ialah firman Allah :

Terjemahan : Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
(Surah al-Baqarah ayat 281)
a)       
     b.Pendapat Kedua : pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah :

Terjemahan : …Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redha akan islam itu menjadi agama untuk kamu…

(Surah al-Mai’dah ayat 3)
a)       
     c.Pendapat Ketiga : pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah :

 
Terjemahan : Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
(Surah al-Baqarah ayat 278)
a)       

     d.Pendapat Keempat : pendapat keempat mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah Surah al-Baqarah ayat 282, sebagaimana firman Allah :


Terjemahan : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu
(Surah al-Baqarah ayat 282)
a)       

     e.Pendapat Kelima : pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat berkaitan dengan Kalalah. Iaitu ayat 176 Surah al-Nisa’, sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu…
(Surah al-Nisa’ ayat 176)
b)       
      
      f.Pendapat Keenam : pendapat ini pula mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 128 dan 129 Surah al-Taubah. Iaitu firman Allah :
  
Terjemahan : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
(Surah al-Taubah ayat 128 dan 129)


























 
           

       

1 comment:

  1. If you're looking to lose kilograms then you certainly have to start following this brand new custom keto diet.

    To create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional chefs joined together to develop keto meal plans that are efficient, painless, price-efficient, and delicious.

    Since their first launch in 2019, hundreds of people have already completely transformed their figure and well-being with the benefits a certified keto diet can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-proven ones offered by the keto diet.

    ReplyDelete