Wednesday, October 6, 2010

PENGERTIAN MUKJIZAT


Pada bahasa : Berasal daripada perkataan arab  “   “  عجزiaitu  lemah dan Dari sudut bahasa membawa maksud “yang melemahkan”.
Dari segi istilah pula ialah Sesuatu yang luar  biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun.
Mukjizat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
1.      Khisi (حسي )
2.      Maknawi ( معنوي )
        
  
MUKJIZAT AL-QURAN
Al-Quran mempunyai berbagai mukjizat. Antara mukjizat al-Quran ialah akan sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau dikurangkan kandungan didalamya untuk dijadikan pedoman dan panduan umat manusia hinggalah hari kiamat. Sebagaimana firman Allah swt :


9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. [1]     



[1] (surah al-Hijr ayat 9)



MUKJIZAT AL-QURAN DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA BAHAGIAN.
1.      BAHASA
2.      ISI KANDUNGAN
3.      ILMU

Mukjizat Al-Quran Dari Segi Bahasa

Al-Quran diturunkan pada masa bangsa Arab berada pada kemuncak kegemilangan dan kemajuan bahasa, baik dengan kemunculan sasterawan,pemidato dan juga penyair dan pujangga. Penurunan al-Quran mengagumkan dan mempersonakan mereka dengan keindahan gaya bahasa serta susuna lafaz-lafaz al-Quran. Bahasa  Al-Quran juga lengkap dengan sastera dengan keindahan susunanya, gaya bahasaya dari segi fasahah dan balagah. Contohya seorang sasterawan terkenal pada masa itu iaitu al-Walid bin Mugirah tertarik dengan dan terpesona apabila mendengar nabi membaca al-Quran dengan katanya :
MUKJIZAT AL-QURAN DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA BAHAGIAN.
1.      BAHASA
2.      ISI KANDUNGAN
3.      ILMU

Mukjizat Al-Quran Dari Segi Bahasa

Al-Quran diturunkan pada masa bangsa Arab berada pada kemuncak kegemilangan dan kemajuan bahasa, baik dengan kemunculan sasterawan,pemidato dan juga penyair dan pujangga. Penurunan al-Quran mengagumkan dan mempersonakan mereka dengan keindahan gaya bahasa serta susuna lafaz-lafaz al-Quran. Bahasa  Al-Quran juga lengkap dengan sastera dengan keindahan susunanya, gaya bahasaya dari segi fasahah dan balagah. Contohya seorang sasterawan terkenal pada masa itu iaitu al-Walid bin Mugirah tertarik dengan dan terpesona apabila mendengar nabi membaca al-Quran dengan katanya :
والله ما هو با لشعر ولما بالسحر ولما بالكهانة
“ Demi Allah ! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah (Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)

Allah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang lengkap dengan sasreta, kerana pada masa itu masyarakat Arab pakar dalam bidang puisi, prosa dan lain-lain. Penurunan al-Quran sangat mengagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijak pandai dalam lapangan sastera mereka.

Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasaya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat “ummi”. Hal tersebut dapat membuktikan dan mengukuhkan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Al-Quran adalah kalam Allah dan bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad saw.

MUKJIZAT AL-QURAN DARI SEGI ISI KANDUNGAN
al-Quran mempunyai  114 surah yang dimulaidengan al-Fatihah dan diakhiri dengan an-Nas. Al-Quran mengandungi 6236 ayat. Terdapat pelbagai mukjizat dari segi isi kandungan ialah :
                   I.            Mengandungi kisah yang telah berlaku di zaman sebelum Nabi dan peristiwa itu benar-benar terjadi. Seperti kisah ashab al-Khahfi, iaitu kisah pemuda-pemuda yang beriman lari daripada Raja Dakyanus dan tenteranya untuk menyelamatkan iman mereka dan bersembunyi didalam sebuah gua dan telah ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun. Sepertimana firman Allah :


25. Dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun Dengan kiraan ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).[1]

                   I.            Dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi serta membongkar sifat-sifat keji dan pendustaan orang munafiq pada zaman Nabi. Contohya kepalsuan yang disebarkan oleh mereka dengan memfitnah Aisyah isteri Nabi melakukan zina dengan sahabat yang bernama Safuan b Mu’attal. Sebagaiman firman Allah:


[1] Surah al-Khafi

19. Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): "Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka Yang menyesatkan kamu). oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan". dan sesiapa Yang berlaku zalim di antara kamu (Wahai umat manusia, Dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa Yang besar.[1]



                   I.            Isi kandungan al-Quran juga Meliputi segala bidang ilmu iaitu Dunia, Akhirat ia bersesuaian dengan tempat, masa dan keadaan. Disamping itu juga sebagai khazanah ilmu pengatahuan yang tepat dan betul. Contohnya, ahli sains dan falak sebelum Islam khususya Aristotle mengatakan matahari sentiasa bergerak tetap dan tidak beredar, planet-plenet lain yang bergerak dan beredar mengelilingiya. Pendapat dan kajian itu adalah tidak benar. Al-Quran telah menjelaskan matahari juga beredar dab tidak tetap. Sebagaimana firman Allah swt :


[1] Surah an-Nur



38. Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui;[1]



MUKJIZAT AL-QURAN DARI SEGI ILMU
Al-Quran mengandungi serta meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya ialah. :
                   I.            Ilmu Ibadat seperti sembahyang , puasa , zakat serta haji.
                II.            Ilmu berkaitan aqidah dan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.
             III.            Ilmu Muamalat dan perhubungan dengan manusia lain contohya gadaian, hutang-piutang dan jual beli.
             IV.            Ilmu Balaghah : Didalam al-Quran mengandungi ilmu balaqah, nahu, sastera dan lainya, sejarah, politik, pentadbiran dan semua lapangan ilmu yang tidak terhitung.


Sebagai rumusannya, al-Quran merupakan mukjiat terbesar Nabi Muhammad. Justeru itu ia juga bertujuan untuk melemahkan musuh-musuhya dan sesiapa juga yang ingin mencabar dan meragui kebenaranya.Allah swt mencabar sesiapa yang dapat membuat sama sepeti al-Quran hanya satu surah sahaja, kiranya dakwaan mereka itu benar. Sebagaimana firman Allah swt. :


[1] Surah yassin


33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".[1]






[1] Surah al-Baqarah


No comments:

Post a Comment